Ujian dalam meningkatkan kematangan dan keimanan
Tiada manusia yang tidak diuji dengan dugaan tekanan. Sama ada di rumah, pejabat, sekolah atau universiti, tekanan tetap ada. Malah tekanan itu dianggap lumrah dalam perjuangan dalam hidup manusia sebagai hamba Allah.
Rasulullah bersabda yang bermaksud;
"Sesiapa yang Allah kehendaki kebaikan terhadapnya, Dia akan mengujinya dengan ditimpa musibah." (Hadis riwayat Bukhari).
Apa itu ujian daripada Allah?
Ujian adalah ketahanan seorang terhadap dugaan yang menimpa. Ujian itu juga yang akan menunjukkan keyakinan kita kepada seluruh ajaran-Nya adalah benar. Diikuti juga dengan perlakuan atau tindakan dan bukan setakat di mulut sahaja.
Ingatlah, setiap ujian itu perlu seiring dengan perjuangan kita. Kita tetap memerlukan bekalan iman, sabar dan sentiasa istiqomah melakukan perintah Allah.
Lawan bagi sabar adalah mengeluh dan merupakan perbuatan yang amat dilarang oleh agama kerana dengan mengeluh akan melemahkan semangat dan menerbitkan kekecewaan serta putus asa.
Firman Allah dalam surah Al-Insyirah:6
"Sesunggunya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan"
Tujuan Allah memberikan dugaan kepada hamba-Nya
-Untuk menghapuskan dosa
-Untuk meningkatkan darjat seseorang disisi Allah
Bagaimana yang dikatakan ujian Allah meningkatkan kematangan seseorang?
Melalui ujian Allah, kematangan seseorang akan bertambah seiring dengan bagaimana latar belakang pengalaman hidupnya. Semakin berat ujian yang Allah beri, lagi mendatangkan kematangan pada fikiran individu tersebut.tidak kiralah jika individu tersebut masih muda lagi, sudah banyak mengalami kesusahan/ dugaan hidup . Berbanding pada yang kurang merasai pahit manis kehidupan.
Apa yang paling penting, sering sematkan didalam hati,
"Tanpa masalah atau ujian tidak lahirlah kematangan kerana pengalaman dalam menyelesaikan masalah adalah guru terbaik dalam menjamin kejayaan dalam kehidupan.
Disamping itu, kita juga dapat meningkatkan keimanan kepada Allah kerana seseorang hamba akan sentiasa muhasabah diri dan setiap tindakan mereka dikaji dan diperbaiki.
Anggaplah satu ujian dan dugaan merupakan tanda Allah sayang kepada kita, tanda Allah peduli kepada kita dan inginkan perhatian kita sebagai hamba-Nyae dan mndengar segala rintihan kita.
"Setiap yang berlaku ada hikmahnya"
Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui apa yang kita tidak ketahui.
Wallahu'Alam, syukran
Text by; Wan Adlina (Ahli usrah)
-Azyani yusuf.
No comments:
Post a Comment